Teringat
masa aku zaman kanak-kanak dulu. Zaman itulah merupakan zaman yang
paling best aku rasa kalau diingat kembali. Pelbagai kenangan manis,
suka duka yang tidak boleh dilupakan sampai saat ini.
Bermain
lumpur, menjerat burung, menjala ikan, melastik burung dan mandi sungai
merupakan antara aktiviti kegemaran ku sewaktu kecil dahulu. Menghirup
udara segar di kampung membuatkan aku berasa amat selesa dengan keadaan
sekeliling.
Pergi ke hutan
seorang diri mencari kayu api, memanjat pokok kelapa dan bercucuk tanam
seakan-akan sudah sebati dengan diri. Tidak ada apa yang perlu
ditakutkan. Tidak ada apa yang perlu digelikan. Semuanya aku buat sebab
aku suka.