✿::: Lafaz Cinta selepas 'aku terima nikahnya' :::✿




Jangan SERING kata "I LOVE YOU" kepada dia yang bukan mahram bagimu... Percayalah, apabila kamu berdua sudah berkahwin, perkataan I LOVE YOU sudah jadi biasa dan tidak romantik lagi...
Rugi bukan?

Kita nak ROMANTIK selepas kahwin atau "sebelum kahwin je"
Cuba tanya diri kita... :)
______________________________________
...
DIALOG SPECIAL :-

Isteri - Abang, abang tak menyesal ke kahwin dengan saya, saya kan tak cantik.. Abang Kata abang ada RAHSIA nak bagi tahu kat saya selepas kahwin? Apa rahsia yang abang nak beritahu tu? Kita sekarang sudah pun di ijab kabulkan?


Suami - Sayang, abang kahwin dengan awak bukan sebab awak ni cantik ke, buruk ke, tetapi kerana cinta yang ada dalam hati abang. Abang nak bina hubungan yang diredhai ALLAH. Abang tak nak kita bercintan-cintan sebelum nikah, kelak Allah tarik nikmat pernikahan itu.. Hehe, sayang masih ingat ye, hmm.. Malu lah, hehe.. 
 
Abang cuma nak cakap... Sayang, I LOVE YOU LILLAH ~ Forever~
Isteri- Subhanallah ^_^ , hehe... I LOVE YOU 2, 3, 4ever abang~ Inilah lafaz cinta dari abang pada sayang selepas 'aku terima nikahnya' ..
 
Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri anda agar lebih dekat kepada ALLAH. Agar hubungan yang dibina itu menjadi lebih barakah dan bahagia hingga sampai ke Jannah. InsyaALLAH....

Rindu


Kini, kita harus bicara. 
Dirimu perlu mula berbicara dengan diri sendiri. 
Dah tiba masa. Perlu jujur. Perlu luahkan. Perlu slow-talk. Perlu bincang. Perlu bersemuka.
 
Antara beberapa persoalan yang memerlukan jawapan segera:
1. Di tahap manakah iman dirimu kini? Di saat orang-orang soleh berlumba-lumba berebut Syurga; pejuang Syria, Palestine berkejaran satu sama lain ke pintu Syurga, di mana kamu letakkan dirimu? Di kalangan orang Soleh atau sebaliknya?
2. Siapa yang sebenarnya kau rindu? Tidak rindukah pada dirimu yang pernah cuba setia merindu si Dia Yang Satu? Ke mana diri yang itu menghilang? Panggil dia kembali. Dah tiba masa, pulang.
3. Berapakah umurmu sekarang? Memang jiwa sentiasa merasakan muda, tapi sedarlah kamu sudah kesuntukan masa.
 
4. Apakah kejayaanmu setakat ini? Sudah berjayakah membalas secebis dua pengorbanan penat-lelah ibu-bapamu? Atau masih lagi statik di tempat yang sama tanpa perubahan?
5. Solatmu. Berapa banyak mana yang sudah kau tinggalkan? Sudah ganti? Sudah taubat? Sudah insaf? Berapa kerap kamu ke masjid? Atau langsung tak pergi? Atau hanya solat Jumaat sahaja di masjid?  Usah bicara tentang tahajjud andai solat fardhumu masih terkontang-kanting. Namun, jika perlukan kekuatan untuk bersolat, kau perlu bertahajjud. Sungguh, solat fardhu dan tahajjud itu saling melengkapi.
6. Sudah berapa lamakah kau lalai begini? Apa yang buat dirimu lalai? Manusia, masalah hati, kerja, duit, internet, gajet? Sudah-sudahlah. Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini? Usah 'mabuk' lagi. 
Sampai bila hendak bertuhankan nafsu?
 
Masa dah kurang. Tidak ada siapa pun antara kita yang makin bertambah masanya. Meski dipanjangkan umur, namun waktu tetap berkurang. 
Pulanglah. Ketika sejuta pintu kembali masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai orang di sekelilingmu, malaikat di langit dan bumi membuka pintu yang satu itu untukmu - pintu kubur.
Semua orang akan melalui pintu yang satu itu. Bezanya, yang pandang sebelah mata pada sejuta pintu akan melalui pintu yang satu itu ke dalam bilik gelap pekat. Sedang yang pernah menghargai, langkah sahaja ke pintu yang satu itu, bilik yang terang benderang sedang menanti.

✿~RINTIHAN SEORANG SAHABAT~✿



Ya Allah,
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu 
Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu 
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..

Ya Allah, 
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. 
Aku buta tanpa bimbinganMu.. 
Aku cacat tanpa hidayahMu.. 
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah,
Ku pohon segala harapan 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
Kerana aku sedar hinanya aku 
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu..

Ya Allah,
Ya Tuhanku... 
Aku hanya ingin menjadi 
SAHABAT yang dirahmati 
SAHABAT yang dikasihi 
SAHABAT yang soleh solehah
SAHABAT yang sentiasa dihati 

Aamin, aamin Ya Rabbal Alamin..

✿ ::: BERILAH KEMAAFAN ::: ✿




✿  ::: BERILAH KEMAAFAN ::: ✿

Alangkah indah, jika inilah situasi dalam kehidupan manusia:

Seorang sahabat yang telah melakukan kesalahan telah mengatakan kepada sahabatnya,

Aku memohon maaf kepadamu kerana kata-kata itu.

Sahabatnya seraya berkata,

Tidak mengapa ya saudaraku, aku memberi maaf apa sahaja kesalahanmu, kerana hakikatnya manusia memang memerlukan kemaafan lantaran ketidaksempurnaannya. Tiada sebab untuk aku menahan kemaafan kepadamu.

Maka, sahabat yang tadi berkata pula,

Terima kasih ya saudaraku, begitu jugalah aku memaafkan segala kesalahanmu terhadapku.

:)
___________________________________

Belajarlah untuk boleh saling memaafkan,
kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu yang indah..
______________________________________



::: UKHWAH FILLAH :::



Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak Halawatul Iman dapat kau nikmati..

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri...

_____________________________

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain hanya kerana Allah.
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku.

Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,

maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu..
Kerana PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI...

______________________________


Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."

(Riwayat Muslim)



:::: SAHABAT SEGALANYA AKAN BERLALU ::::



SAHABAT,
Segalanya akan berlalu,
Silih berganti meninggalkan mu,
Yang dicinta, yang dikasih, yang dirindu,
Malah sekalipun masih dalam genggaman mu,
Ia kan tetap berlalu, walau tanpa rela mu...

Namun, jangan bersedih sahabatku,
Masih tertinggal sesuatu untukmu,
Kenangan yang indah terukir antara kau dan aku,
Kerana hidup tak selalunya indah,
tetapi yang indah selalu hidup dalam kenangan....

SOLAT ITU JANJI TEMU KITA DENGAN ALLAH



 
Solat itu janji temu kita dengan Allah.
Kadang kala kita lewat berjanji temu dengan Pencipta Yang Maha Hebat ini. Kalau dengan kekasih ke kawan ke mesti kita akan siap lebih awalkan untuk bertemu..

KITA SERING TERLEKA




Kita Sering Terlena

Perkara Yang Menghairankan
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya..

Allahurabbi..

:::.. USAH KHUATIR DENGAN CINTA ..:::



"Usahlah khuatir dengan cinta.
Seandainya cinta itu cinta yang telah ditetapkan
oleh Allah,
maka biarlah cinta itu mengalir dengan aliran
Allah S.W.T yang telah menciptakan cinta itu"




:::.. KASIH SAYANG ..:::


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



Nabi s.a.w Bersabda:

Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin lainnya dalam kelembutan dan kasih sayang, bagaikan satu tubuh. Jika ada bahagian tubuh yg merasa sakit, maka seluruh bahagian tubuh lainnya turut merasakannya.

(Riwayat Muslim)
 _____________________________________
Sahabat2 boleh share, sama2 kita cari saham akhirat. InsyaAllah :)
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

♥ BERSABARLAH DALAM KEMISKINAN ♥


♥ BERSABARLAH DALAM KEMISKINAN ♥

"Seorang muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada seorang muslim yang kaya." (HR Tirmizi)

"Orang2 fakir akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang2 kaya dengan kadar setengah hari. Dan setengah hari bersamaan lima ratus tahun." (HR Tirmizi)

"Pada hari kiamat kelak akan dihimpunkan sekalian manusia dan akan diseru kepada mereka: Dimanakah orang2 fakir dan miskin dikalangan umat ini? Nabi SAW bersabda: Mereka semua akan bangun dan dikatakan kepada mereka: Apakah yang kamu amalkan? Mereka akan menjawab: Wahai Allah! Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan) namun kami tetap bersabar. Engkau telah memberikan harta dan pemerintahan kepada orang selain daripada kami. Allah SWT berfirman: Kamu bercakap benar! Rasulullah SAW bersabda:"Lantas mereka dimasukkan kedalam syurga terlebih dahulu daripada orang lain. Dan tinggallah mereka dengan penghisaban yang keras dikalangan orang yang kaya dan para pemerintahan." (HR Ibnu Hibban)

"Akan datang dari umatku pada hari kiamat nanti dimana cahaya mereka seperti cahaya matahari. Kami bertanya:Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab: Mereka itu ialah muhajirrin yang miskin. Yang berada teguh dalam kerja2 yang sukar dibarisan hadapan. Apabila mereka mati keinginan mereka turut terpendam didalam dadanya. Mereka dihimpunkan dari segenap penjuru bumi ini." 


(HR Musnad Ahmad) ♥

Indahnya Ukhuwah.....:)


♥ PERSAHABATAN ITU SATU JANJI ♥ 

 (¯`v´¯) (¯`v´¯)     
`·.¸.·´     `·.¸.·´   
 
indahnya ukhwah.... :) 

Ukhuwah itu indah saat bergembira bersama.....Ukhuwah itu indah saat bertegur sapa tak di lupa........Ukhuwah itu indah saat meluangkan masa bersama.......Ukhuwah itu indah saat menuntut ilmu dijadikan usaha......Ukhuwah itu lebih indah saat dihiasi iman dan taqwa......Ukhuwah itu lebih indah saat tarbiyah memenuhi ruang jiwa.....Ukhuwah itu lebih indah saat maksiat dicegah bersama-sama......Ukhuwah itu lebih indah saat sahabat diingat dalam tiap lafaz doa.... :)

Ya Allah Hanya PadaMu aku Memohon


Aku ingin melihat Allah SWT tetapi,
keupayaan aku tidak mampu,
namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah.

Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT 
tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.
Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT,
maka aku hanya mampu bersahabat 
dengan Rasulullah SAW dan Hadis-Hadis yang 
Baginda wariskan pada ulamak-ulamak

♥ UJIAN ITU TANDA ALLAH SAYANG ♥




Bila ALLAH datangkan UJIAN..
Itu bukan satu BEBANAN..
Kita mesti boleh BERTAHAN..
Ada HIKMAH di sebalik UJIAN..
Ada KESEMPITAN dalam KELAPANGAN..
Ada KEMUDAHAN dalam KESULITAN..

Bila ALLAH datangkan UJIAN..
Pujuklah HATI pujuklah IMAN..
Tanpa KECEWA putus HARAPAN..
Setiap KESABARAN ada GANJARAN..
Setiap PENGORBANAN ada KEBERHASILAN..


♥ BESEDERHANALAH :) ♥


"Bersederhanalah dalam CINTA,
dan Besederhanalah dalam BENCI..."
 
Sesungguhnya suatu kaum yang telah berlebihan dalam mencinta, meyebabkan mereka menjadi hancur kerananya.
Dan suatu kaum yang lain telah berlebihan dalam membenci,
juga menyebabkan mereka menjadi binasa kerananya..

Hidup didunia hanya sementara


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu...

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
akan Kembali padaNya..

Hidup didunia hanya sementara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN USTAZ AZHAR

PESANAN USTAZ AZHAR