✿ Aku budak Kampung ✿


 
Teringat masa aku zaman kanak-kanak dulu. Zaman itulah merupakan zaman yang paling best aku rasa kalau diingat kembali. Pelbagai kenangan manis, suka duka yang tidak boleh dilupakan sampai saat ini.

Bermain lumpur, menjerat burung, menjala ikan, melastik burung dan mandi sungai merupakan antara aktiviti  kegemaran ku sewaktu kecil dahulu. Menghirup udara segar di kampung membuatkan aku berasa amat selesa dengan keadaan sekeliling.  

 Pergi ke hutan seorang diri mencari kayu api, memanjat pokok kelapa dan bercucuk tanam seakan-akan sudah sebati dengan diri. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Tidak ada apa yang perlu digelikan. Semuanya aku buat sebab aku suka. 

Sekarang, semua itu hanyalah tinggal kenangan sahaja. Jadinya akan ku pahat erat kenangan indah itu di dalam kotak memoriku  buat selama-lamanya. Sesungguhnya, kenangan pada zaman itu, membuatkan aku tersenyum seketika pada kala aku menulis entry ini. Tammat.

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN USTAZ AZHAR

PESANAN USTAZ AZHAR