:: HIKMAH DI BALIK KISAH NABI KHIDIR ::



Terdapat banyak hikmah dari kisah Khidir , salah satunya, yakni menuntut ilmu. Dalam Islam, menuntut ilmu merupakan perkara wajib. Tampak dalam kisah betapa Nabi Musa sangat antusias menuntut ilmu. Bahkan, meski kedudukannya saat itu merupakan nabi ia tak segan untuk terus menuntut ilmu.

 Dalam hadis riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi dari Abud Darda menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa menempuh suatu jalan yang padanya dia mencari ilmu, Allah akan mudahkan dia menempuh jalan dari jalan-jalan (menuju) surga dan sesungguhnya para malaikat benar-benar akan meletakkan sayap-sayapnya untuk penuntut ilmu.

:: MENCARI KETENANGAN YANG HAKIKI ::


ketenangan minda

Barangsiapa yang menjadikan akhirat itu sebagai tujuan utamanya, maka الله jadikan kekayaannya dalam jiwanya. الله mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan merunduk

ketenangan minda

Dan barangsiapa yang menjadikan dunia itu sebagai tujuan utamanya, maka الله akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. الله cerai beraikan urusannya, dan dunia tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (yaitu dalam keadaan hina diri).” (Riwayat al-Tirmizi )

Semoga Allah memberikan rahmat dan karunia Nya bagi kita .. Aamiin

✿ Aku budak Kampung ✿


 
Teringat masa aku zaman kanak-kanak dulu. Zaman itulah merupakan zaman yang paling best aku rasa kalau diingat kembali. Pelbagai kenangan manis, suka duka yang tidak boleh dilupakan sampai saat ini.

Bermain lumpur, menjerat burung, menjala ikan, melastik burung dan mandi sungai merupakan antara aktiviti  kegemaran ku sewaktu kecil dahulu. Menghirup udara segar di kampung membuatkan aku berasa amat selesa dengan keadaan sekeliling.  

 Pergi ke hutan seorang diri mencari kayu api, memanjat pokok kelapa dan bercucuk tanam seakan-akan sudah sebati dengan diri. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Tidak ada apa yang perlu digelikan. Semuanya aku buat sebab aku suka. 

Doa Wanita



Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN USTAZ AZHAR

PESANAN USTAZ AZHAR