::: Sedarkah Kita Hidup Di Dunia Hanya Sementara :::



AKU akan DILAMAR oleh MALAIKAT MAUT.
AKU bakal BERNIKAH dengan KEMATIAN.
lebih sayu lagi,
AKU bakal BERCERAI dengan DUNIA yang ku KEJAR :'(

Sedarkah Kita Dunia Hanya Sementara . . .

ALLAHURABBI :')


:::: BERSYUKURLAH ::::



Jangan pertikaikan kenapa kita,
Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Allah tak akan beri kita pahit, kalau bukan ubat.
Kekadang kita diuji kenapa tak berkasut,
Tetapi kita lupa ramai org diuji tak berkaki.

-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna-



Jadilah seperti pokok ,
saat orang membaling batu kepadamu ,
kau membalasnya dengan buah
yang ranum .

-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna-

:::.. KEKUATAN DATANG DARI HATI..:::



"Kekuatan manusia itu pada hatinya,
hati manusia itu milik Allah.
Ada Allah di hatinya,
maka itu adalah kekuatannya."

✿ KETENANGAN ✿



KETENANGAN itu akan hadir bila diri kamu dekat dengan ALLAH dan KERESAHAN itu akan hadir jika diri kamu jauh dari ALLAH..

TAKDIR



Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat,
maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar..

✿ Al-Quran bukan untuk ✿


https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/581751_377211899055381_1277430622_n.jpg

bukan untuk perhiasan
Bukan untuk dijual beli
Bukan untuk mencari makan

Bukan untuk musbaqah atau pertandingan
Bukan untuk hiburan bersama muzik
Bukan untuk Haflah atau konsert

Bukan untuk dibaca oleh mereka yang membuka aurat dan bersolek berlebihan
Bukan untuk kenaikan pangkat
Bukan untuk diejek-ejekan atau dipersenda-sendakan

Bukan untuk mencari berkat semata-mata
Bukan untuk semua perkara keduniaan tetapi boleh dimasukkan Al-Quran dalam semua urusan dunia.

Ya Allah, jauhkanlah diri daripada mempersendakan Al-Quran melalui niat atau Aqidah melalui kata-kata dan melalui melalui perbuatan yang tidak ku sedari.

✿ Jika Kita Ingin Membalas ✿



Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata orang.
Biarlah orang memfitnah kita, jangan kita melakukannya juga.
Biarlah orang menzalimi kita, kita cuba maafkan mereka.
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka.


Bercakaplah yang memberi faedah atau diam lebih baik.
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita.
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita.
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatannya.


Alangkah baiknya jika kita balas kejahatan orang dengan kebaikan.

✿Cintai Isteri dengan Luar Biasa ✿


isteri s

Cuba cuit hidung isteri…Kalau dia kata “abang ni tebiat ke?” senyum je 
Cuba sentuh tangan isteri…kalau dia kata “abang ni kenapa?” senyum je 

Cuba pandang wajah isteri dengan penuh kasih sayang sambil kenangkan betapa penatnya dia bangun dari awal pagi menyiapkan pelbagai hingga ke malam.. kalau dia kata 

“Abang ni pelik la sehari dua ni.. Abang ada sembunyikan apa-apa ke..? “ senyum dan biarkan sahaja.. 

Sebab dia tak biasa dan kita pun tak membiasakan…selepas beberapa hari cuba berhenti pula. Sudah tentu si isteri akan bertanya..kenapa abang tidak lagi mencuit..memegang dan memandang penuh kasih sayang….

Dan kita akan senyum lagi.. Masa tu lah kita akan tanya.. “Suka ke..? kalau suka abang akan teruskan hari-hari” (>.<) 

******

ANA SENDIRI PUN BLUM KAHWIN...HEHEHE

♥ TERUSLAH MENUNTUT ILMU ♥



Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengangkat dengan Al-Qur-an beberapa kaum dan Allah pun merendahkan beberapa kaum dengannya.”

Di zaman dahulu ada seseorang yang lehernya cacat, dan ia selalu menjadi bahan ejekan dan tertawaan. Kemudian ibunya berkata kepadanya, “Hendaklah engkau menuntut ilmu, niscaya Allah akan mengangkat derajatmu.” Sejak itulah, orang itu belajar ilmu syar’i hingga ia menjadi orang alim, sehingga ia diangkat menjadi Qadhi (Hakim) di Makkah selama 20 (dua puluh) tahun. Apabila ada orang yang berperkara duduk di hadapannya, maka gemetarlah tubuhnya hingga ia berdiri. [al-‘Ilmu Fadhluhu wa Syarafuhu

Imam Ahmad, beliau selalu membawa kertas dan pena-nya, kadang kala beliau mengajar, kadang pula belajar. Beliau adalah sosok yang ‘alim, tetapi masih menyempatkan diri untuk belajar pada orang lain. Pada suatu hari beliau membawa barang kebutuhannya,

 kemudian dikatakan : “Wahai Abu Abdillah, sampai kapankah engkau menuntut ilmu ?” Beliau menjawab : “Menuntut ilmu itu dari buaian sampai masuk ke liang lahat (beliau mengulanginya dua kali)”. [Nasehat Syaikh Ali bin Hasan bin Ali bin Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsari Hafizhahullah]
Menuntut ilmu tak kenal usia, teruslah menjadi pembelajar dimanapun dan kapanpun serta amalkanlah dan sampaikanlah.

♥ DOA KETIKA TERTIMPA MUSIBAH ♥

DOA KETIKA TERTIMPA MUSIBAH

Dari Ummu Salamah radhiallahu anha dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا. إِلَّا أَخْلَفَ 
اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

“Tidaklah seorang muslim tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, “INAA LILLAHI WAINNAA ILAIHI RAAJI’UUN. ALLAHUMMA`JURNII FII MUSHIIBATI WA AKHLIF LII KHAIRAN MINHAA (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena mushibah ini dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya),” melainkan Allah akan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik.” (HR. Muslim no. 918)

Karangan UPSR untuk kita renungkan


MACAM MANA PANDANGAN KORANG PASAL SURAT INI YE?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN USTAZ AZHAR

PESANAN USTAZ AZHAR