
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita hendak kerana
tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha
Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita
sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Imam Ibn Ataillah menjawab
persoalan ini dengan berkata,
“…hendaknya doa permintaanmu adalah untuk
menunjukkan sifat kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap
kemuliaan Tuhanmu.”